Mana satukah ejaan perkataan yang betul, sampin atau samping?
Kedua-dua ejaan perkataan tersebut adalah betul. Perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Tetapi, sejurus selepas baju Melayu ini disebarkan ke Kepulauan Riau, mereka menggelarkannnya sebagai samping.
Walaubagaimanapun, penggayaan dalam mengenakan cara pemakaian samping bersama baju Melayu pada zaman tersebut bantu membezakan pedangang dalam dan luar.
Penduduk asal di kawasan tersebut mengenakan samping dengan cara kain sampin dipakai di bawah baju Melayu, baju di luar. Cara ini dipanggil ‘Berdagang Dalam’.
Bagi golongan pendatang pedagang pula mengenakan samping dengan cara kain sampin dipakai di atas baju dan baju diselit ke dalam kain. Cara ini dipanggil ‘Berdagang Luar’.
Terdapat juga cara mengikat samping mengikut pangkat dan darjat seseorang pada waktu itu.
Antaranya ialah ikatan pancung, ikatan kembung dan ikatan lingkup.
Maksud Di Sebalik Sampin
Cara pemakaian sampin yang dipakai oleh para jejaka di luar sana membawa maksud yang tersirat, termasuk menunjukkan status si pemakai tersebut.
Sampin yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut menunjukkan si pemakai itu sudah berstatus berkahwin dan mempunyai isteri.
Bagi sampin yang dipakai atas paras lutut pula menandakan si pemakai itu masih berstatus bujang dan belum berkahwin lagi.
